Rabu, 30 September 2015 | 6:38pm

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan kenaikan harga SMR manakala susu getah pukal menurun berikutan ketiadaan petunjuk yang jelas, kata peniaga.

Bagaimanapun, katanya, ringgit yang meningkat menyekat kenaikan lanjut harga SMR 20 manakala penurunan harga minyak mentah menyebabkan harga lateks susut.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat tujuh sen kepada 548 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun satu sen kepada 411 sen sekilogram.

Sementara itu, harga penutup penjual tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 menokok dua sen kepada 549.50 sen manakala susu getah pukal turun 1.5 sen kepada 410 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X