Sabtu, 26 September 2015 | 2:04pm

Hishamuddin mahu Pemuda MCA Pasir Gudang pegang prinsip BN


MENTERI Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) bersalaman dengan penduduk tiba pada Majlis Qurban Perdana Aidiladha Parlimen Sembrong di Dataran Taman Sejahtera, Kampung Gajah, Kluang, Johor. - Foto Mohd Azren Jamaludin

KLUANG: Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta mengambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang yang bertindak memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pendirian Pemuda MCA Pasir Gudang itu bukan saja tidak wajar malah mereka perlu menilai semula tindakan berkenaan.

"Saya mahu mengingatkan Pemuda MCA Pasir Gudang bahawa kita dalam BN termasuk UMNO tidak pernah sekali pun menidakkan kepimpinan MCA sewaktu kemelut melanda parti itu sebelum ini.

"Jadi janganlah menangguk di air keruh dan kembali berpegang kepada prinsip BN yang kita junjung," katanya selepas program Korban Perdana Aidiladha Parlimen Sembrong di Dataran Taman Desa Sejahtera, Kampung Gajah, dekat sini, tadi.

Berita Harian X