Khamis, 24 September 2015 | 4:42pm

Pelajar tingkatan tiga maut digilis lori

ALOR SETAR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum digilis sebuah lori di Kampung Sungai, Putat, Pendang.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim berkata, akibat pertembungan itu, mangsa, Hafizuddin Ahmad Tajuddin, 15, terperosok di bawah lori dan diseret sejauh 50 meter dalam kejadian 5.40 petang semalam.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori, Che Hassan Md Daud, 58, tidak cedera, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -BERNAMA

Berita Harian X