Selasa, 22 September 2015 | 1:30pm

3 maut kereta langgar penghadang jalan di Machang

MACHANG: Tiga individu termasuk dua warga Bangladesh maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di Kilometer 51.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu, Fadilah Mohamad, 30; Faruque Hossain, 46, dan seorang lagi mangsa wanita yang identitinya belum dikenal pasti.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu jam 10.30 pagi, semua mangsa yang menaiki kereta Proton Wira dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala Kuala Krai.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Fadilah terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum masuk ke parit.

"Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat," katanya.

12 dibaca
Berita Harian X