Isnin, 21 September 2015 | 8:04pm

EPL: Bintang Algeria dahului senarai penjaring terbanyak


PEMAIN sayap Algeria, Riyad Mahrez.

LONDON: Pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez yang mewakili Leicester kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan lima gol.

Beliau berkongsi kedudukan itu bersama penyerang Bournemouth, Callum Wilson, selepas enam aksi liga minggu lalu.

Penyerang sensasi baharu Manchester United, Anthony Martial turut berada dalam senarai dengan tiga gol termasuk dua ketika membantu pasukannya menumpaskan Southampton malam tadi.

Berikut adalah senarai penuh pendahulu jaringan terbanyak EPL selepas enam aksi:

5: Mahrez (Leicester), Wilson (Bournemouth)

4: Gomis (Swansea), Ighalo (Watford), Pelle (Southampton), Vardy (Leicester)

3: Ayew (Swansea), Martial (Man Utd), Martin (Norwich), Naismith (Everton), Payet (West Ham)

2: Barkley (Everton), Benteke (Liverpool), Biram Diouf (Stoke), Defoe (Sunderland), Fernandinho (Man City), Giroud (Arsenal), Kompany (Man City), Kouyate (West Ham), Lukaku (Everton), Mata (Man Utd), Morrison (West Brom), Noble (West Ham), Redmond (Norwich), Sakho (West Ham), Sako (Crystal Palace), Sinclair (Aston Villa), Tadic (Southampton), Ward (Crystal Palace)

- AFP

Berita Harian X