Ahad, 20 September 2015 | 11:35pm

EPL: Spurs kutip mata penuh selepas jinak Palace


PEMAIN tengah Tottenham, Nacer Chadli (kiri) mengawal bola semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan Crystal Palace di White Hart Lane di utara London. - Foto AFP

LONDON: Tottenham Hotspur menundukkan Crystal Palace 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri di White Hart Lane, sebentar tadi.

Jaringan tunggal dan kemenangan itu dihasilkan oleh Son Heung-Min pada minit ke-68.

Kemenangan itu membolehkan skuad Spurs menghimpun sembilan mata daripada enam perlawanan, sekali gus memperbaiki kedudukan dari tangga 16 ke tempat kesembilan.

Palace pula masih mengekalkan kedudukan di tangga ketujuh, dengan jumlah mata sama dengan Spurs, namun dibezakan dengan jumlah jaringan dan bolos.

Berita Harian X