Sabtu, 16 Ogos 2014 | 10:02am

Pasaran getah dijangka rendah minggu depan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan rendah minggu depan, menjejaki pergerakan perlahan di Bursa Komoditi Tokyo, kata peniaga.

Mereka berkata, prestasi pasaran juga dijangkakan terus rendah berikutan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

"Harga dijangkakan dalam aliran harga rendah dan bergerak dalam jajaran kecil," kata seorang peniaga.

Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 15 sen kepada 519.5 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 10.5 sen kepada 26.5 sen sekilogram.

Harga penutup jualan tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 turun 15 sen kepada 518 sen sekilogram dan lateks pukal susut 14 sen kepada 423 sen sekilogram. - BERNAMA

Berita Harian X