Isnin, 14 September 2015 | 2:38pm

IPU 300, Riau isytihar darurat jerebu

SEORANG lelaki bermain badminton sambil memakai topeng muka di pekarangan Masjid An-Nur, bandar Sumatera Pekanbaru, di wilayah Riau. - Foto AFP

PEKANBARU: Riau hari ini mengisytiharkan darurat pencemaran udara apabila keadaan jerebu di wilayah itu semakin buruk.

Pengumuman oleh Gabenor Riau, Arsyadjuliandi Rachman selepas Indeks Bacaan Udara (IPU) di wilayah itu mencatatkan bacaan 300 iaitu pada tahap bahaya.

Arsyadjuliandi berkata, pengumuman itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan serta Kementerian Kesihatan Indonesia.

"Kita isytihar darurat pencemaran udara bukan kerana soal kebakaran di wilayah ini. Ia kerana asap yang memenuhi Riau ini adalah daripada wilayah jiran," katanya.

Beliau berkata, ketika ini keadaan pencemaran udara berada pada paras bahaya di mana beberapa kawasan seperti Pekanbaru, Kampar, Siak, Dumai, Rokan Holir dan Bengkalis dilaporkan terjejas teruk. - Detiknews

Berita Harian X