Jumaat, 11 September 2015 | 7:39pm

Keadaan terkawal menjelang pertemuan JDT menentang Perak


ANGGOTA polis membuat pemeriksaan terhadap penyokong JDT dan Perak di pintu masuk Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Suasana di perkarangan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin di sini, dalam keadaan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini menjelang pertemuan pertama Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Perak, malam ini.

Tinjauan BH di perkarangan stadium menyaksikan penyokong JDT masih lagi datang secara beransur-ansur bagi menyaksikan perlawanan berkenaan.

Turut kelihatan anggota keselamatan yang mengawal keadaan pekarangan stadium bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Berita Harian X