Khamis, 10 September 2015 | 2:09pm

EPL: Penerima gaji tertinggi di Liga Perdana Inggeris


KAPTEN Man United, Wayne Rooney dijangka akan memperoleh STG73 juta (RM489.91 juta). - Foto Reuters

LONDON: Ketika gaji purata bagi seorang pemain di Liga Perdana Inggeris (EPL) menjangkau STG44,000 (RM295,285) seminggu atau menyamai STG2.29 juta (RM15.37 juta) setahun sudah dianggap tinggi, kelab-kelab gergasi Inggeris dipercayai membayar lebih daripada itu.

Di kalangan kelab-kelab kaya raya seperti Manchester City, Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool, jumlah yang dikeluarkan mereka jelas berada di liga tersendiri.

Kapten Man United, Wayne Rooney dijangka akan memperoleh STG73 juta (RM489.91 juta) dengan kontraknya bersama kelab itu manakala lima pemain Man City antara pemain menerima gaji tertinggi di EPL.

Berikut senarai 10 pemain menerima gaji paling lumayan di liga elit Inggeris itu, ketika ini.

1. Wayne Rooney (Man Utd):

Gaji: STG260,000 (RM1.74 juta) seminggu

- Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2014

2. Sergio Aguero (Man City)

Gaji: STG240,000 (RM1.61 juta) seminggu

- Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2014

3. Yaya Toure (Man City)

Gaji: STG240,000 (RM1.61 juta) seminggu

- Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2013

4. Eden Hazard (Chelsea)

Gaji: STG220,000 (RM1.47 juta) seminggu

- Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2015

5. David Silva (Man City)

Gaji: STG200,000 (RM1.34juta) seminggu

- Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2014

6. Mesut Ozil (Arsenal)

Gaji: STG 190,000 (RM1.27 juta) seminggu

- Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2013

7. Raheem Sterling (Man City)

Gaji: STG180,000 (RM1.20 juta) seminggu

- Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2015

8. Cesc Fabregas (Chelsea)

Gaji: STG170,000 (RM1.14juta) seminggu

- Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2014

9. Kevin De Bruyne (Man City)

Gaji: STG170,000 (RM1.14juta) seminggu

- Kontrak lima tahun yang ditandatangani pada 2015

10. John Terry (Chelsea)

Gaji: STG160,000 (RM1.07juta) seminggu

- Kontrak setahun yang ditandatangani pada 2015

- Agensi

Berita Harian X