Ahad, 6 September 2015 | 12:15pm
RAJA Farah anggun dengan persalinan Ezuwan Ismail.
PASANGAN ini mengikat tali pertunangan 9 Ogos lalu di kediaman keluarga Raja Farah di Bukit Jelutong.
PASANGAN ini dinikahkan oleh bapa Raja Farah, Raja Aziz Raja Ngah pada jam 11.50 pagi tadi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Iskandar Ismail, Raja Farah kini bergelar suami isteri


DENGAN sekali lafaz, Raja Farah sah bergelar isteri kepada Iskandar dalam majlis ijab kabul di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

SHAH ALAM: Sekali lafaz, Raja Farah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail dalam majlis ijab kabul di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, di sini sebentar tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Raja Farah, Raja Aziz Raja Ngah pada jam 11.50 pagi, bersaksikan Pendaftar Pernikahan Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.


RAJA Farah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail dalam majlis ijab kabul di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah.


SESI bergambar pengantin bersama ibu dan bapa Raja Farah.

Iskandar, 33, membawa lima dulang hantaran, manakala pengantin perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran.

Raja Farah, 27, sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010, namun jodoh mereka berakhir pada 25 Mei lalu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan 9 Ogos lalu di kediaman keluarga Raja Farah di Bukit Jelutong.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang 13 September ini.

Berita Harian X