Isnin, 31 Ogos 2015 | 11:24am

Pelajar menengah maut digilis bas di Sik

SIK: Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas digilis sebuah bas di Jalan Batu Lima-Sik, Kampung Charok Malau, jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata Mohamad Atiff Abd Rahman, 17, meninggal dunia di tempat kejadian parah di kepala dan badan.

"Mangsa yang sedang menunggang motosikal terjatuh di atas jalan raya selepas terlanggar belakang sebuah lori yang ingin membelok ke kiri jalan sebelum digilis bas," katanya di sini, hari ini.

Mohd Ismail berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat. - BERNAMA

Berita Harian X