Ahad, 30 Ogos 2015 | 2:12pm
PELARI Ethiopia, Mare Dibaba meraikan kemenangan di Stadium Sarang Burung, beijing. - Foto AP

Olahraga Dunia: Pelari Ethiopia juara maraton wanita

BEIJING: Pelari Ethiopia, Mare Dibaba membuktikan dia adalah pelari terpantas maraton di dunia, apabila memenangi pingat emas acara itu pada Kejohanan Olahraga Dunia di sini, sebentar tadi.

Dibaba mencatatkan masa dua jam 27 minit dan 35 saat, untuk mengenepikan pelari Kenya, Helah Kiprop dengan kelebihan satu saat selepas kedua-duanya saling memecut pada 50 meter terakhir larian.

Pelari Bahrain kelahiran Kenyan, Eunice Kirwa meraih gangsa selepas mencatatkan masa 2 jam 27 minit dan 39 saat.

Penyandang juara, Edna Kiplagat hanya mampu berada di tempat kelima, dibelakang rakan senegaranya, Jemima Sumgong. - AFP

Berita Harian X