Ahad, 30 Ogos 2015 | 12:57am

EPL: Sterling jaring gol pertama untuk City


PEMAIN Manchester City, Raheem Sterling meraikan jaringannya pada perlawanan menentang Watford di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto AP

MANCHESTER: Raheem Sterling menjaringkan gol pertamanya untuk Manchester City tatkala pasukan bimbingan Manuel Pellegrini menumpaskan Watford, 2-0 di Stadium Etihad, sebentar tadi.

Sterling melakukan jaringan itu pada jarak enam kaki di sudut sebelah kanan gawang selepas menerima umpanan daripada Bacary Sagna pada minit ke-47.

Fernandinho kemudian menjaringkan gol kedua 10 minit kemudian ke selepas mendapat hantaran daripada David Silva.

City memenangi 10 aksi liga berturut-turut sekali gus mencatat rekod untuk kelab berkenaan.

Kemenangan itu juga sekali gus memastikan mereka mendahului liga dengan 12 mata daripada empat aksi setakat ini. - AP

KEPUTUSAN

Aston Villa 2 (Sinclair m-11 gs, m-41) Sunderland 2 (M'Vila m-8, Lens m-52)

Bournemouth 1 (Wilson m-24) Leicester 1 (Vardy m-86pen)

Chelsea 1 (Falcao m-79) Crystal Palace 2 (Sako m-65, Ward m-81)

Liverpool 0 West Ham 3 (Lanzini m-3, Noble m-29, Sakho m-90)

Manchester City 2 (Sterling m-47, Fernandinho m-56) Watford 0

Newcastle 0 Arsenal 1 (Coloccini m-52 gs)

Stoke 0 West Brom 1 (Rondon m-45)

-AFP

Berita Harian X