Sabtu, 29 Ogos 2015 | 9:56pm

EPL: Arsenal kutip mata penuh di St James Park

LONDON: Arsenal menewaskan Newcastle United 1-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St James Park, sebentar tadi.

Gol tunggal perlawanan dan kemenangan pasukan bimbingan Arsene Wenger itu dihasilkan menerusi jaringan sendiri pemain tuan rumah, Fabricio Coloccini pada minit ke-52.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengutip mata penuh dan sekali gus kini menghimpun tujuh mata daripada empat perlawanan.

KEPUTUSAN

Newcastle 0 Arsenal 1 (Coloccini m-52-gs)

AKSI JAM 10 MALAM INI

Aston Villa v Sunderland

Bournemouth v Leicester

Chelsea v Crystal Palace

Liverpool v West Ham

Manchester City v Watford

Stoke v West Brom

AKSI JAM 12.30 TENGAHMALAM

Tottenham v Everton

AHAD

Southampton v Norwich

Swansea v Manchester United

- AFP

Berita Harian X