Rabu, 26 Ogos 2015 | 8:27pm

Olahraga: Dua atlet Kenya gagal ujian doping di Beijing


ATLET Kenya, Joyce Zakary ketika beraksi dalam acara 400 meter saringan pada Kejuaraan Dunia 2015 di Beijing, kelmarin. - Foto Reuters

BEIJING: Dua atlet Kenya didapati gagal dalam ujian dadah ketika pra-kejohanan di Kejuaraan Dunia 2015 di sini dan sudah pun digantung sementara, umum IAAF, hari ini.

Atlet itu, Koki Manunga dan Joyce Zakary "menerima penggantungan sementara itu membabitkan sampel yang disediakan di Beijing pada 20 dan 21 Ogos," kata Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dalam satu kenyataan.

Badan induk sukan olahraga dunia itu berkata pelari Kenya itu sudah diuji di hotel atlet sebelum kejohanan bermula.

Kedua-duanya memang dilihat sebagai 'ujian yang disasarkan." - AFP

Berita Harian X