Rabu, 26 Ogos 2015 | 5:50pm

Pesawat Twin Otter terbabas di Lapangan Terbang Mukah


PESAWAT Twin Otter MH3553 milik MasWings tergelincir sebelum terbabas di Lapangan Terbang Mukah, Sarawak kira-kira jam 2 petang tadi. - Foto NSTP

mdroji@bh.com.my

MUKAH: Sebuah pesawat Twin Otter milik MASwings tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Mukah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.02 petang itu, lapan penumpang dan dua juruterbang terselamat.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, penerbangan MH3553 dari Lapangan Terbang Miri itu tergelincir kira-kira 100 meter atas rumput di bahagian kiri landasan.

Katanya, ketika kejadian hujan lebat dan landasan licin dipercayai punca pesawat tergelincir.

"Juruterbang dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

17 dibaca
Berita Harian X