Rabu, 26 Ogos 2015 | 1:43pm
PENYERANG Sunderland, Jermain Defoe (kiri) mengawal bola di depan pertahanan Exeter City, Jordan Tillson pada aksi Piala Liga Inggeris, pusingan kedua di Sunderland, England, awal pagi tadi. Sunderland menang 6-3. - Foto AFP

Piala Liga Inggeris: Spurs temu Arsenal di pusingan ketiga

LONDON: Pusingan ketiga Piala Liga Inggeris menyaksikan pertembungan tetangga menarik membabitkan dua kuasa besar London, Arsenal bertemu finalis musim lalu, Tottenham Hotspurs, bulan depan.

Selain pertemuan tetangga London, antara pertembungan tetangga menarik lain berakhir undian yang dijalankan, awal pagi tadi ialah membabitkan Aston Villa dan Birmingham.

Tottenham yang tewas di pentas final musim lalu kepada Chelsea akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal di White Hart Lane pada September.

Perlawanan itu menjadi pertembungan tetangga Utara London pertama musim ini.

Dalam pada itu, Villa yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) akan bertemu lawan dari Liga Kejuaraan, Birmingham buat pertama kali sejak 2011.

Birmingham yang kali terakhir beraksi di EPL pada musim 2010/ 2011 tidak pernah tewas sepanjang tiga pertembungan terakhir bertemu Villa sebelum ini termasuk aksi Piala Liga pada 2010.

Dalam pada itu, penyandang juara, Chelsea akan bertemu kelab di divisyen tiga, Walsall manakala Liverpool berdepan laluan lebih mudah bertemu kelab divisyen empat, Carlisle.

Manchester United pula berdepan kelab Liga Kejuaraan, Ipswich di Old Trafford manakala Manchester City akan berkunjung ke laman Sunderland.

Undian pusingan tiga Piala Liga Inggeris:

  • Middlesbrough mln Wolves
  • Norwich mln West Brom
  • Hull mln Swansea
  • Leicester mln West Ham
  • Aston Villa mln Birmingham
  • Tottenham mln Arsenal
  • Manchester United mln Ipswich
  • Liverpool mln Carlisle
  • Crystal Palace mln Charlton
  • Fulham mln Stoke
  • Sunderland mln Manchester City
  • Newcastle mln Sheffield Wednesday
  • Reading mln Barnsley or Everton
  • Preston mln Bournemouth
  • Walsall mln Chelsea
  • Milton Keynes Dons mln Southampton

- AFP

Berita Harian X