Ahad, 23 Ogos 2015 | 12:56pm
SEBAHAGIAN barang dan bahan memproses dadah jenis syabu berjumlah RM20 juta yang di rampas ketika sidang media di IPK Pulau Pinang, di sini hari ini. - Foto Amir Irsyad Omar

STING rampas cecair syabu RM20j dihasilkan pakar kimia Iran


MOHD Mokhtar (tengah) menunjukkan sebahagian barang dan bahan memproses dadah jenis syabu ketika sidang media di IPK Pulau Pinang, di sini hari ini. - Foto Amir Irsyad Omar

GEORGETOWN: Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) melumpuhkan sindiket memproses dadah yang beroperasi menggunakan khidmat pakar kimia warga Iran.

Dalam operasi dua hari bermula Khamis lalu, polis menyerbu tiga lokasi berbeza dan merampas 324 kilogram cecair syabu, pelbagai peralatan dan bahan kimia yang bernilai lebih RM20 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam serbuan yang dilakukan, polis turut menahan lima anggota sindiket, termasuk dua warga Iran.

"Semua suspek ditahan reman selama tujuh hari dari tarikh tangkapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

38 dibaca
Berita Harian X