Rabu, 19 Ogos 2015 | 9:30pm

8 tentera Turki maut dalam serangan bom PKK


LAPAN askar Turki terbunuh dalam serangan bom ke atas kenderaan mereka di wilayah Siirt. - Foto AFP

ISTANBUL: Lapan askar Turki terbunuh dalam serangan bom ke atas kenderaan mereka di wilayah Siirt di tenggara negara itu, menurut agensi berita rasmi Anatolia.

Parti Pekerja Kurdistan (PKK) didakwa bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Serangan itu adalah yang terburuk sejak kerajaan Turki melancarkan kempen "anti-keganasan" terhadap militan Kurdis bulan lalu. - AFP

Berita Harian X