Rabu, 19 Ogos 2015 | 12:16pm

Tony Pua mohon cabar perintah sekatan keluar negara


SETIAUSAHA Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua mengemukakan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar perintah sekatan oleh Ketua Pengarah Imigresen yang menghalangnya keluar negara.

Pua memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi melalui peguam Gobind Singh Deo, dengan menamakan Ketua Pengarah Imigresen dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonannya, Pua berkata, Ketua Pengarah Imigresen menghalang beliau keluar negara pada 22 Julai lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pua sehubungan itu menuntut perisytiharan bahawa perintah larangan itu adalah bertentangan peruntukan undang-undang, sehubungan itu tidak sah dan terbatal.

Berita Harian X