Selasa, 18 Ogos 2015 | 6:12pm
ATLET legenda, Sergey Bubka (kiri) dan Sebastian Coe akan membuat perhitungan bagi merebut jawatan Presiden Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF). -Foto AF

Perebutan jawatan Presiden IAAF antara Bubka, Coe di Beijing esok

BEIJING: Atlet legenda, Sergey Bubka dan Sebastian Coe akan membuat perhitungan bagi merebut jawatan Presiden Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) pada pemilihan badan induk dunia itu di sini, esok.

Dan pemenangnya dilihat sudah pasti bakal berdepan dengan isu doping yang mencemarkan imej sukan berkenaan ketika ini.

Selepas berkempen di hampir semua benua bagi mendapatkan sokongan 214 ahli IAAF itu, nasib mereka berdua akan ditentukan di Pusat Konvensyen Beijing, di sini.

Seramai 214 ahli itu akan mengundi bagi memilih pengganti Lamine Diack, warga Senegal berusia 82 tahun yang meletak jawatan selepas 16 tahun berkuasa.

Keputusan pemilihan dijangka diketahui pada petang hari sama.

Bubka dari Ukraine adalah pemenang pingat emas Olimpik 1988 dan menjadi juara juara dunia sebanyak 10 kali.

Coe pula adalah pemenang pingat emas acara 1,500 untuk Britain pada temasya Olimpik 1980 dan 1984. - AFP

Berita Harian X