Ahad, 16 Ogos 2015 | 4:07pm

Badminton Dunia: Aksi Chong Wei-Chen Long bakal bermula bila-bila masa


DATUK Lee Chong Wei. - Foto EPA

JAKARTA: Aksi final perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia antara Datuk Lee Chong Wei dan pemain China, Chen Long di Stadium Tertutup Istora Senayan, di sini, bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

Pertarungan antara bekas pemain nombor satu dunia dan penyandang gelaran itu ketika ini, sangat dinantikan oleh peminat badminton dunia khususnya di China dan Malaysia.

Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia mara ke final selepas menewaskan pemain Denmark, Jan O Jorgensen, 21-7, 21-19 manakala Chen Long menundukkan pemain Jepun, Kento Momota, 21-9, 21-15.

Ketika ini sedang berlangsung perlawanan akhir perseorangan wanita, antara pemain India, Saina Nehwal dan Carolina Marin dari Sepanyol.

Permainan sedang memasuki set kedua. Pada set pertama Marin, menang 21-16.

Terdahulu, pada acara beregu campuran, gandingan Zhang Nan/Zhao Yunlei yang juga pilihan pertama kejohanan muncul juara selepas menundukkan rakan senegara dan pilihan keempat, Liu Cheng/Bao Yixin, 21-17, 21-11.

Berita Harian X