Selasa, 11 Ogos 2015 | 12:13am
SATU daripada koleksi pakaian lelaki ESMOD Roubaix. - Foto Nik Hariff Hassan
KOLEKSI pakaian ESMOD Osaka menyerlahkan sisi feminin wanita. - Foto Nik Hariff Hassan
MODEL memperagakan koleksi pakaian ESMOD Osaka. - Foto Nik Hariff Hassan
OVERALL futuristik koleksi pakaian ESMOD Dubai. - Foto Nik Hariff Hassan
PAKAIAN lelaki koleksi ESMOD Tokyo. - Foto Nik Hariff Hassan
REKAAN menarik daripada ESMOD Beirut. - Foto Nik Hariff Hassan
KOLEKSI pakaian lelaki ESMOD Beirut. - Foto Nik Hariff Hassan
MODEL memperagakan satu daripada koleksi pakaian wanita ESMOD KL. - Foto Nik Hariff Hassan
KOLEKSI pakaian ESMOD KL untuk wanita yang berani bergaya. - Foto Nik Hariff Hassan
REKAAN batik ESMOD Istanbul berjaya menarik perhatian penonton. - Foto Nik Hariff Hassan

ESMOD lahir graduan fesyen berkualiti


GABUNGAN rona hitam, merah dan putih menyerlahkan lagi koleksi pakaian wanita ESMOD Dubai. - Foto Nik Hariff Hassan

LEBIH 200 fesyen busana eksklusif dan transformasi rekaan gaya terkini diketengahkan dalam ESMOD International Fashion University Group Fashion Show yang berlangsung di pusat beli-belah Pavilion, di sini, baru-baru ini.

Pertunjukan anjuran sekolah fesyen terkemuka Paris, ESMOD itu diadakan bersempena dengan ESMOD International Fashion Reunion 2015.

Selain ESMOD Kuala Lumpur (KL) sebagai tuan rumah, ia turut disertai 22 sekolah ESMOD dari 15 negara iaitu Lebanon; Jerman; Dubai; China dan Turki.

Turut serta ESMOD Osaka, Jepun; Jakarta, Indonesia; Oslo, Norway; Seoul, Korea; Tokyo, Jepun; serta Bordeaux, Lyon, Paris, Rennes dan Roubaix, Perancis.


REKAAN futuristik oleh ESMOD Guangzhou. - Foto Nik Hariff Hassan

RONA hitam menjadi pilihan ESMOD Seoul. - Foto Nik Hariff Hassan

Pengetua dan Pengasas ESMOD KL, Tatsun Hoi, berkata pertunjukan fesyen itu menjadi platform kepada pelajar ESMOD mempamerkan kreativiti dan bertukar ilham selain meluaskan pengetahuan dalam dunia fesyen terkini.

Katanya, keunikan dan keistimewaan setiap rekaan yang digayakan peragawan dan peragawati profesional membuktikan ESMOD berjaya melahirkan pereka fesyen muda yang berdaya saing tinggi dan boleh diketengahkan pada peringkat antarabangsa.

"Selain pertunjukan fesyen yang juga acara utama, turut diadakan Modern Batik Fashion Competition 2015 bagi memberi peluang pelajar memberi suntikan baharu kepada rekaan berasaskan batik yang sering menjadi pakaian pilihan dalam majlis rasmi di negara ini.


PAKAIAN rekaan ESMOD KL untuk Modern Batik Fashion Competition. - Foto Nik Hariff Hassan

TEMA serangga ditampilkan pada koleksi pakaian wanita ESMOD Osaka. - Foto Nik Hariff Hassan

"Paling menarik, fesyen yang ditampilkan memiliki rekaan dan potongan tersendiri serta diilhamkan mengikuti cita rasa terkini masyarakat moden hari ini," katanya.

Anugerah The Best of the Best bagi Modern Batik Fashion Competition 2015 diungguli ESMOD Paris, manakala Anugerah Jarum Emas dimenangi graduan ESMOD KL, Scott Tian Yung Han, 21.

15 dibaca
Berita Harian X