Isnin, 10 Ogos 2015 | 9:32pm

PM hadiri majlis Aidilfitri PBB di Kuching malam ini


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini jam 9.15 malam tadi. Yang turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini jam 9.15 malam tadi.

Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching.

Mengiringi beliau, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu.

Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Openg.

Berita Harian X