Isnin, 10 Ogos 2015 | 4:20pm
Iqram Dinzly (kiri) kelihatan mesra bersama Uqasha Senrose. -Foto ihsan instragram Uqasha dan Iqram

Gambar Uqasha Senrose bersama Iqram Dinzly undang tanda tanya


Iqram Dinzly (kiri) kelihatan mesra bersama Uqasha Senrose. -Foto ihsan instragram Uqasha dan Iqram

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose dan Iqram Dinzly berkongsi gambar mempamerkan kemesraan mereka di akaun Instagram masing-masing, sekali gus mengundang pelbagai persepsi dan teka teki sama ada mereka sedang menjalinkan hubungan cinta atau teman biasa.

Uqasha ketika dihubungi BH Online hari ini, enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Baginya persoalan mengenai dua keping gambar yang dimuat naik di laman sosial itu lebih wajar diajukan kepada Iqram sendiri.

Bagaimanapun, tindakan Uqasha dan Iqram rata-rata mendapat komen positif dari peminat yang mendoakan agar bunga-bunga cinta antara mereka terus terjalin.

Terdahulu, Iqram sering dikaitkan dengan pelakon dan pengacara jelita Fauziah Gous.

Namun, hubungan rapat mereka dilaporkan menemui titik noktah setelah Fauziah mendirikan rumah tangga.

Manakala Uqasha yang dikenali menerusi filem Paku Pontianak sebelum ini, dikaitkan dengan pelakon Pekin Ibrahim dan Syafiq Kyle.

Namun, beliau dilihat kembali menjalani kehidupan solo sejak beberapa bulan lalu.

37 dibaca
Berita Harian X