Ahad, 9 Ogos 2015 | 3:59pm
SEDUTAN drama bersiri Oh My English! .

Zain Saidin bakal tinggalkan Oh My English!


ANTARA aksi Zain dalam drama Oh My English!

KUALA LUMPUR: Peminat siri hiburan berpendidikan Oh My English! pasti mengenali watak Mr Henry Middleton yang dibawa Zain Saidin.

Malah, tidak keterlaluan mengatakan wujudnya keserasian antara Mr Henry Middleton dengan Zain sehingga watak itu dilihat begitu sinonim dengan dirinya.

Watak Mr Henry Middleton dijayakan oleh Zain selama empat musim, termasuk tiga buah telefilem yang membabitkan siri hiburan pendidikan itu.

Jika tidak lama dahulu timbul desas desus mengatakan pelakon berdarah kacukan Inggeris ini bakal meninggalkan siri tersebut, kini ianya seakan menjadi kenyataan.


ZAIN dan anaknya Aaisyah Dhia Rana.

Lantas, pihak pengurusan ASTRO mengambil keputusan untuk memberi kuasa memilih kepada penonton setia rancangan itu untuk menentukan sama ada watak yang dilakonkan oleh Zain itu dikekalkan atau berakhir pada episod terakhir pada malam ini.

Menerusi, episod terakhir itu, Mr Middleton bakal meninggalkan kelas 5 Merah dan berhijrah ke tempat lain dan secara tidak langsung, berpisah dengan seluruh keluarga kecilnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Dalam.

Pengakhiran sama ada beliau akan kekal atau tidak, kini terletak di tangan penonton setia OME. Peminat boleh menghantar tweet kreatif di laman sosial Twitter menggunakan hashtag #OhMyEnglish

Episod akhir OME bakal bersiaran pada hari ini (9 Ogos), jam 6.30 petang di saluran Astro TViQ (Saluran 610) dan Astro Maya HD (Saluran 135).

Berita Harian X