Sabtu, 8 Ogos 2015 | 7:42pm

EPL: Aksi pembukaan United-Spurs jam 7.45 malam ini


KAIN rentang di luar stadium sebelum sepak mula antara Manchester United dan Tottenham Hotspur di Old Trafford, Manchester. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2015/2016 membabitkan pasukan Manchester United dan Tottenham Hotspur akan bermula sebentar lagi.

Perlawanan di Old Trafford ini, dijadual bermula jam 7.45 malam, waktu Malaysia.

Kali terakhir kedua-dua pasukan berentap adalah pada 15 Mac lalu, ketika saingan EPL musim lalu.

Keputusannya memihak kepada tuan rumah, 3-0, hasil jaringan Marouane Fellaini, Michael Carrick dan Wayne Rooney. Kemenangan itu amat berharga buat The Red Devils kerana ia membantu memastikan mereka menduduki tangga keempat liga musim lalu.

BH Online akan bawakan keputusan separuh masa dan sepenuh masa perlawanan ini.

Selamat menonton

Berikut adalah senarai pemain kedua-dua pasukan.

MANCHESTER UNITED:

Pengurus : Louis van Gaal

Sergio Romero (gk), Memphis Depay, Juan Mata, Wayne Rooney, Chris Smalling, Michael Carrick, Daley Blind, Ashley Young, Luke Shaw, Morgan Schneiderlin, Matteo Darmian.

Simpanan: Javier Chicarito Hernandez, Ander Herrera, Antonio Valencia, Bastian Schweinsteiger, Paddy McNair, Andreas Pereira, Sam Johnstone (gk).

TOTTENHAM HOTSPUR

Pengurus: Mauricio Pochettino

Michel Vorm, Kyle Walker, Toby Alderweireld, Jan Vertonghen (c), Ben Davies, Nabil Bentaleb Dier, Nacer Chadli, Christian Eriksen, Mousa Dembele, Harry Kane

Simpan: Erik Lamela, Kieran Trippier, Tom Carroll, Kevin Wimmer, Dele Alli, Hugo Lloris dan Ryan Mason

23 dibaca
Berita Harian X