Sabtu, 8 Ogos 2015 | 12:23pm
PASARAN getah Malaysia dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan dan mungkin dipengaruhi harga minyak mentah, harga komoditi yang rendah dan pergerakan mata wang, kata seorang peniaga. - Foto hiasan

Pasaran getah dijangka diniaga berhati-hati minggu depan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan dan mungkin dipengaruhi harga minyak mentah, harga komoditi yang rendah dan pergerakan mata wang, kata seorang peniaga.

Beliau juga berkata, harga getah dijangka menjejaki prestasi pasaran hadapan serantau, iaitu Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Hadapan Shanghai.

"Bagi minggu yang baru berakhir, prestasi pasaran getah kebanyakannya rendah, seiring dengan prestasi pasaran hadapan serantau," katanya.

Mengikut Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi penjual Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 10 sen kepada 517 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 11.5 sen kepada 415.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi penjual bagi gred tayar SMR 20 turun 6.5 sen kepada 519 sen sekilogram manakala susu getah pukal kurang 9.5 sen kepada 415 sekilogram. - BERNAMA

Berita Harian X