Sabtu, 8 Ogos 2015 | 12:07pm

2 kanak-kanak nyaris maut dalam kebakaran

SHAH ALAM: Dua kanak-kanak nyaris maut dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Jalan Celana Seksyen, 10, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan kedua-dua adik beradik itu, Zakie Azraie Zainuddin,14, dan adiknya yang berusia enam tahun, Adam Narwas, yang terperangkap di dapur sebuah daripada tiga kediaman yang terbakar kira-kira jam 9 pagi tadi.

Kanak-kanak berkenaan dipercayai terperangkap lebih 20 minit sebelum diselamatkan.

Berita Harian X