Khamis, 6 Ogos 2015 | 6:36pm

17 tentera Afghan terbunuh dalam nahas helikopter


SEKURANG-KURANGNYA 17 orang termasuk 12 askar Afghanistan terbunuh dalam nahas helikopter di selatan negara - Foto AP

KANDAHAR, Afghanistan: Sekurang-kurangnya 17 orang termasuk 12 askar Afghanistan terbunuh dalam nahas helikopter di selatan negara itu, hari ini.

Helikopter tentera itu terhempas apabila mengalami masalah teknikal di Shinkay, daerah yang bebas daripada aktiviti pemberontak.

"Lima anak kapal dan 12 askar terbunuh apabila helikopter terhempas di daerah Shinkay, wilayah Zabul kerana masalah teknikal," kata seorang pegawai polis wilayah.

Sementara itu, Ketua Daerah Shinkay, Mohammad Qasim Khan mengesahkan angka kematian itu, dengan komander tentera menyatakan sekumpulan pakar sudah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menyiasat nahas itu. - AFP

Berita Harian X