Selasa, 4 Ogos 2015 | 2:13pm

STING tumpaskan sindiket dadah sintetik di Pulau Pinang, Johor

bhnews@bh.com.my


PENGARAH JSJN Datuk Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff (kanan) menunjukan pelbagai jenis dadah dan senjata yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK) Timur Laut. - Foto Mikail Ong

Georgetown: Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) PDRM berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan dadah sintetik bernilai RM2.8 juta di Pulau Pinang dan Johor.

Operasi 31 Julai lalu yang dibuat bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang dan Johor itu turut memberkas 17 ahli sindiket serta merampas pelbagai jenis dadah dan senjata api.

Pengarah JSJN Datuk Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, di Pulau Pinang, empat serbuan dibuat sekitar Teluk Ayer Tawar, Ayer Itam, Paya Terubong dan Batu Uban manakala di Johor empat lagi serbuan dibuat di sekitar Johor Bharu, Nusajaya dan Simpang Renggam.

"Dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai jenis dadah sintetik termasuk 9.2 kg heroin, 8.5 kg dadah berasaskan heroin, 6.4 kg syabu, 120 gram pil yaba, 105 gram ketamin, 17 gram ganja, 33,200 biji pil erimin 5 dan 4 ribu biji pil ekstasi.

"Pihak polis turut menjumpai enam pucuk pistol dari jenis CZ 75, Beretta, Steyr, Taurus Brasil, selaras senapang jenis HK 33 dan 331 butir peluru pelbagai pelbagai jenis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Timur Laut di sini, semalam.

31 dibaca
Berita Harian X