Sabtu, 25 Julai 2015 | 10:34am
PENUNJUK perasaan melontar bom petrol ke arah kereta peronda polis di Istanbul. - Foto AP

Turki lancar serangan udara ke atas IS, Kurdis

ISTANBUL: Turki awal pagi tadi melancarkan serangan udara kedua ke atas sasaran IS di Syria dan memulakan kempen serangan ke atas kem militan Kurdis di utara Iraq.

Pesawat pejuang F-16 Turki berlepas dari bandar Diyarbakir di tenggara negara itu untuk melancarkan serangan udara terbaru ke atas sasaran IS selepas serangan awal malam tadi.

Serangan itu menandakan perubahan dasar negara anggota NATO itu terhadap IS yang sebelum ini dikritik sekutu Barat kerana tidak mengambil tindakan yang mencukupi bagi memerangi militan berkenaan.

Namun, pesawat Turki turut membedil beberapa kedudukan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di Iraq di mana pasukan tentera militan itu berpangkalan.

"Pesawat perang Turki mula mengebom kedudukan kami berhampiran sempadan dan menyusulinya dengan bedilan artileri," kata jurucakap PKK di Iraq, Bakhtiar Dogan.

Tiada pengesahan daripada kerajaan Turki berhubung serangan ke atas PKK. - AFP

Berita Harian X