Jumaat, 24 Julai 2015 | 4:03pm
TEMPAT kejadian mangsa serangan buaya, Nurfazilah Abdul Rahman di baham buaya di Limbang. - Ihsan Sin Chew

Wanita maut dipercayai dibaham buaya di Limbang

AHLI keluarga mengiringgi jenazah mangsa serangan buaya, Nurfazilah Abdul Rahman di Hospital Limbang. - Ihsan Sin Chew

LIMBANG: Seorang wanita maut dipercayai dibaham buaya di Sungai Limbang, di sini, pagi ini.

Kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nurfazilah Abdul Rahman, 26, berada di tebing sungai berkenaan.

Mayat mangsa yang tinggal di Kampung Binjai, di sini, ditemui pada jam 7.45 pagi ini dengan gigitan di beberapa bahagian badan.

Berita Harian X