Rabu, 22 Julai 2015 | 2:07pm

Casio rancang keluarkan jam tangan pintar

Telefon pintar Casio G-Shock.

NAMA Casio memang tidak asing lagi bagi pengguna jam tangan. Jenama ini sudah lama berada di pasaran dan sejak berzaman lagi jam tangan Casio sering menjadi pilihan kalangan pengguna yang mahu jam yang mudah dikendalikan.

Produk jam tangan Casio yang banyak digunakan antara lain adalah jenama siri G-Shock serta sebuah jam tangan yang dapat dipakai sebagai kalkulator.

Terkini dikhabarkan Casio ingin melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan jam tangan pintar. Ini kerana Casio juga mahu bersaing dan berdiri sama taraf dengan pengeluar jam tangan pintar yang lain.

Mengikut laporan The Wall Street Journal, syarikat dari Jepun ini sedang menyiapkan produk terbaharunya dan dikhabarkan ia mempunyai teknologi terkini menjadi jam tangan pintar.

Casio juga pernah menyatakan mereka ingin mengeluarkan sebuah jam tangan pintar yang memberikan kesempurnaan yang tak mudah rosak, mudah dipakai serta mempunyai penampilan menarik.

Sayangnya pihak Casio enggan menyatakan bila jam tangan pintar itu akan secara rasmi diperkenalkan. Namun tentunya ia memperlihatkan Casio tidak ingin ketinggalan dengan pesaing barunya seperti Apple Watch ataupun Moto 360.

Berita Harian X