Selasa, 21 Julai 2015 | 11:33am

Kes 1MDB: Pengarah syarikat swasta direman 4 hari


SEORANG pengarah sebuah syarikat swasta direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Seorang pengarah sebuah syarikat swasta direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret Putrajaya sebentar tadi.

Difahamkan, suspek berumur 39 tahun itu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

Sebelum ini, Peguam Negara, Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan Pasukan Petugas Khas itu untuk menyiasat isu berhubung 1MDB.

Berita Harian X