Isnin, 20 Julai 2015 | 10:23pm

3 cedera bergaduh kerana seorang perempuan

KUALA LUMPUR: Tiga cedera selepas terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah pasar raya di Wangsa Maju, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang dipercayai berpunca mengenai seorang remaja perempuan.

"Polis menahan beberapa lelaki berusia lingkungan awal 20-an yang terbabit dalam pergaduhan itu. Motif sebenar masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca akibat tidak puas hati mengenai seorang remaja perempuan," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Roy berkata, mereka yang cedera sudah dihantar ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan.

11 dibaca
Berita Harian X