Jumaat, 17 Julai 2015 | 2:28pm

Sultan Kelantan solat Aidilfitri bersama 3,000 rakyat


SULTAN Kelantan, Yang Teramat Mulia Sultan Muhammad V ( tiga dari kiri ) , Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra ( dua dari kiri ) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ( empat dari kiri ) mengaminkan doa selepas selsai menunaikan solat Aidi Fitri di Masjid Muhammdi. - Foto Nik Abdullah Nik Omar.

Kota Bharu: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 3,000 jemaah di Masjid Muhammadi, di sini, pagi tadi.

Turut berangkat mengiringi baginda, adinda baginda, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fai'z Petra Ismail Petra, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Selain Tengku Mahkota, turut mengiringi baginda adalah Tengku Laksamana Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz dan kerabat diraja Kelantan.

Baginda turut bersalaman dengan jemaah masjid selepas menunaikan solat sebelum berangkat menziarahi Makam Diraja Langgar dan seterusnya menerima menghadap rakyat di Istana Negeri, Kubang Kerian.

27 dibaca
Berita Harian X