Jumaat, 17 Julai 2015 | 10:49am

Sultan Johor tunai solat Aidilfitri bersama lebih 1,000 umat Islam


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Kota Iskandar. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

NUSAJAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Kota Iskandar di sini, bersama lebih 1,000 umat Islam.

Baginda tiba pada jam 8 pagi diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta anakandanya yang lain.

Turut menyambut ketibaan Baginda ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim.

Baginda kemudian meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat pulang pada jam 9 pagi.

Masjid yang mula beroperasi pada Jun lalu itu mampu memuatkan sehingga 1,850 jemaah dalam satu masa, malah kehebatannya terserlah melalui jendela langit yang diperbuat daripada kaca menjadi mercu tanda bangunan berkenaan.

Berita Harian X