Isnin, 13 Julai 2015 | 7:25am

Djokovic rebut kejuaraan ketiga Wimbledon

LONDON: Juara bertahan, Novak Djokovic menang gelaran Wimbledon ketiganya dan Grand Slam kesembilan selepas menewaskan Roger Federer, lewat malam tadi.

Pemain nombor satu dunia itu menang 7-6 (7/1), 6-7 (10/12), 6-4, 6-3 untuk menambah koleksi kemenangan selepas menjuarai Terbuka Australia, Januari lalu.

Namun bagi Federer yang berusia 33, yang pernah memenangi 17 kejuaraan major, beliau kini kemarau sebarang kejuaraan Grand Slam selama tiga tahun. - AFP

Berita Harian X