Isnin, 13 Julai 2015 | 12:45am
NOVAK Djokovic (kiri) berjabat tangan dengan Roger Federer selepas tamat perlawanan di London. - Foto AP
JUARA bertahan Novak Djokovic (kiri) memenangi kejohanan Wimbledon untuk kali ketiga apabila memusnahkan impian Roger Federer untuk bergelar juara kejohanan itu untuk rekod lapan kali. - Foto AFP

Djokovic ketepi Federer untuk raih kejuaraan ketiga Wimbledon


DJOKOVIC memenangi kejohanan Wimbledon untuk kali ketiga. - Foto EPA

LONDON: Juara bertahan Novak Djokovic memenangi kejohanan Wimbledon untuk kali ketiga apabila memusnahkan impian Roger Federer untuk bergelar juara kejohanan itu untuk rekod lapan kali.

Pemain nombor satu dunia itu menang 7-6 (7/1), 6-7 (10/12), 6-4, 6-3 untuk menambah gelaran juara Wimbledon kepada koleksi Terbuka Australia yang dimenanginya pada Januari lalu.

Bagi Federer yang berusia 33 tahun, ia adalah pengakhiran pahit kepada usaha beliau menjadi pemain paling senior yang pernah memenangi kejohanan Wimbledon. - AFP

Berita Harian X