Ahad, 12 Julai 2015 | 3:00pm

New Zealand terlepas tiket Olimpik Rio

WELLINGTON: Tindakan skuad bola sepak New Zealand menyenaraikan pemain tidak layak untuk beraksi di Sukan Pasifik 2015 menyaksikan peluang buat negara itu ke temasya Olimpik Rio 2016 tertutup.

Pada perlawanan separuh akhir bagi menentukan wakil Oceania, New Zealand menyenaraikan pemain pertahanan, Deklan Wynne dianggap pemain yang tidak layak, kata Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC).

Wynne yang beraksi bersama skuad senior New Zealand dan ketika Piala Dunia Bawah 20 tahun di sini, baru-baru ini dilahirkan di Afrika Selatan.

Dia beraksi ketika New Zealand mencatat kemenangan 2-0 ke atas Vanuatu di separuh akhir.

Meskipun mencatat kemenangan, Vanuatu kemudian melancarkan protes kepada Jawatankuasa Disiplin OFC terhadap New Zealand dan memberi kemenangan kepada Vanuatu dengan keputusan 3-0.

Lawan Vanuatu di final nanti ialah Fiji.

"Selaras dengan Artikel 7 dalam Statut Peraturan-Peraturan Pentadbir Permohonan, skuad B-23 New Zealand dianggap tidak layak untuk mewakili New Zealand," kata OFC dalam satu kenyataan.

Artikel 7 undang-undang FIFA menyatakan pemain perlu mempunyai kewarganegaraan baru.

Di bawah artikel itu juga, sama ada pemain atau ibu bapa atau datuk atau nenek perlu dilahirkan di negara yang mereka ingin wakili.

Jika mereka tidak layak di bawah tiga kriteria pertama, mereka boleh mewakili negara jika tinggal di sana selama lima tahun secara berterusan sejak berusia 18 tahun, menjadikan Wynne berusia 20 tahun terlalu muda untuk memenuhi syarat di bawah klausa terbabit.

Begitupun, OFC tidak menamakan Wynne sebagai pemain yang terbabit dengan New Zealand dikatakan akan mengemukakan bantahan terhadap keputusan terbabit. - Reuters

Berita Harian X