Jumaat, 19 September 2014 | 11:28am
AHLI keluarga Ali Mamat (gambar kecil) membaca yasin disisi jenazah di rumah Allahyarham di Kampung Bukit Chatak, Dungun, hari ini. - Foto Rosli Ilham

Bekas editor Bernama meninggal dunia

DUNGUN: Bekas editor Bernama Ali Mamat, 63, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Kubang Miang di sini jam 1.56 pagi tadi.

Anak sulung Allahyarham, Maheran Ali, 41, berkata ayahnya dimasukkan ke Hospital Dungun awal pagi semalam setelah mengalami sesak nafas.

"Allahyarham mengalami sakit tenat akibat penyakit kanser hati sejak April lalu dan mendapat beberapa rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah," katanya kepada media di sini hari ini.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri Maimun Yahya, 55, dan Aini Abdullah, 42 serta tujuh anak.

Jenazah Allahyarham dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya sebelum solat Jumaat berdekatan dengan pusara ibunya. - BERNAMA

Berita Harian X