Selasa, 7 Julai 2015 | 1:51pm

Lebih 20 rumah rosak dilanda ribut di Kedah

NORAZIMAH Aziz, 32, (kanan) bersama kakaknya, Norazah, 39, melihat keadaan rumah ibunya, Che Som Abu Seman, 61, yang rosak dipukul ribut awal pagi tadi. - Foto Danial Noordin

ALOR SETAR: Lebih 20 rumah di Kampung Alor Mengkudu Dalam, dekat sini rosak dipukul ribut awal pagi tadi dengan lapan daripadanya dilapor teruk.

Ribut pada kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan kebanyakan rumah mengalami kerosakan pada bumbung termasuk ada yang diterbangkan angin.

Ketika kejadian, kebanyakan penghuni sedang tidur atau bersiap untuk bersahur.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Alor Mengkudu Dalam, Shuib Abd Rahman, berkata kebanyakan mangsa kini masih tinggal di rumah, selain ada yang terpaksa menumpang di rumah sanak saudara.

Berita Harian X