Isnin, 6 Julai 2015 | 10:56pm

Universiade: Farah Ann raih tempat ke-6 keseluruhan individu


ATLET gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi beraksi dalam apparatus batang titian pada pertandingan akhir gimnastik artistik all around di Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2015 di Gymnasium wanita Gwangju. - Foto Hasriyasyah Sabudin

GWANGJU, Korea Selatan: Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi membuat kejutan apabila berjaya menempatkan diri di tempat keenam dalam acara individu keseluruhan, sebentar tadi.

Mencatat keputusan peribadi terbaik baginya, dia mencatatkan keseluruhan 53.199 mata.

"Saya gembira apabila dapat membaiki catatan terbaik saya dalam senaman lantai apabila memperoleh 13.5 mata berbanding catatan terbaik saya 13.2 mata pada Sukan Asia di Incheon," katanya.

Farah Ann akan turun dalam acara kegemarannya, senaman lantai dan menombol esok.

"Seperti sebelum ini sasaran kami hanya untuk mara ke final jadi tiada tekanan apabila sudah dapat mara ke final. Saya hanya akan melakukan yang terbaik," katanya.

Seorang lagi gimnas negara, Tracie Ang berada di tempat ke-15 daripada keseluruhan 18 peserta dalam acara individu keseluruhan.

Berita Harian X