Isnin, 6 Julai 2015 | 12:06am
PERKAMPUNGAN atas air seperti di Kampung Numbak yang dijadikan penempatan nelayan tempatan Kuala Menggatal dan Sepanggar turut dipercayai menjadi sasaran pendatang asing membina rumah setinggan menjadikan kawasan berkenaan kelihatan padat dan sesak. - Foto Malai Rosmah Tuah
Perkampungan atas air seperti di Kampung Numbak yang dijadikan penempatan nelayan tempatan Kuala Menggatal dan Sepanggar turut dipercayai menjadi sasaran pendatang asing membina rumah setinggan menjadikan kawasan berkenaan kelihatan padat dan sesak. - Foto Malai Rosmah Tuah
ANTARA penempatan setinggan yang dipercayai dibina pendatang tanpa izin di Hutan bakau di Kampung Suang Parai, Menggatal. - Foto Malai Rosmah Tuah

Penempatan haram PATI di hutan bakau

HUTAN bakau di Kampung Suang Parai, Menggatal, di Kota Kinabalu, Sabah, nampak subur menghijau dilihat dari jauh, namun di dalamnya tersembunyi ratusan rumah setinggan yang dipercayai dibina pendatang tanpa izin.

Terletak di belakang pusat beli-belah 1Borneo, iaitu antara gedung terkemuka di Sabah, penempatan setinggan dihuni pendatang dari Filipina yang dihubungkan dengan titian kecil dari pinggir sungai dan jalan raya itu dikatakan wujud lebih 10 tahun lalu.

Tinjauan BH mendapati kebanyakan rumah dibina ala kadar menggunakan bahan binaan terpakai dipercayai diambil dari tapak pembinaan berhampiran, dengan kedudukannya terpisah antara satu sama lain berselang-seli dengan pokok bakau.

Selain dalam kawasan bakau, sebahagian rumah dibina di tepi sungai yang mengelilingi hutan bakau berkenaan dengan setiap rumah dilengkapi perahu kecil sebagai pengangkutan untuk keluar masuk ke penempatan berkenaan.

ANTARA penempatan setinggan yang dipercayai dibina pendatang tanpa izin di Hutan bakau di Kampung Suang Parai, Menggatal. - Foto Malai Rosmah Tuah

Jika diteliti dari dekat, ratusan utas wayar pendawaian elektrik disangkut pada dahan pokok bakau dapat dilihat menghubungkan hampir setiap rumah, dipercayai menyalurkan bekalan elektrik yang disambung secara haram dari pencawang berhampiran.

Ketua Anak Negeri (KAN) Menggatal, Biniau Mabon, berkata lokasi itu yang terletak berhampiran Kuala Menggatal adalah punca pencarian nelayan tempatan tetapi kini dikotori sampah dan sisa kumbahan yang dibuang penghuni kawasan itu.

"Kebanjiran warga asing yang dilihat di pekan Menggatal, Telipok dan Inanam selain pusat perniagaan di sekitar Sepanggar dan 1Borneo dipercayai datang dari penempatan ini.

PERKAMPUNGAN atas air seperti di Kampung Numbak yang dijadikan penempatan nelayan tempatan Kuala Menggatal dan Sepanggar turut dipercayai menjadi sasaran pendatang asing membina rumah setinggan menjadikan kawasan berkenaan kelihatan padat dan sesak. - Foto Malai Rosmah Tuah

"Penduduk tempatan bimbang kerana selain merosakkan sumber perikanan nelayan, ia mungkin meningkatkan kadar jenayah selain menjejaskan imej bandar raya ini," katanya kepada BH.

Sementara itu, Pengarah Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Abdul Mukti Muchlis, berkata kehadiran pendatang asing yang membina penempatan setinggan di kawasan berkenaan sudah berlarutan sejak beberapa lama.

"Setiap tahun lebih 1,000 rumah atau pondok setinggan dirobohkan di sekitar bandar raya, termasuk yang dibina di kawasan bakau, tetapi masalah itu tidak pernah selesai. Kalau setinggan di kawasan bakau, hari ini kita roboh, esok sudah ada pondok dibina semula oleh penghuninya," katanya.

Berita Harian X