Jumaat, 3 Julai 2015 | 6:11pm

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini walaupun sentimen di pasaran tempatan agak lemah, terutama disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dan kebimbangan mengenai lebihan bekalan.

Bagaimanapun, di Bursa Komoditi Tokyo, niaga hadapan getah diperkukuhkan untuk hari ketiga, selepas disokong oleh tampungan kekurangan menjelang referendum Greek pada hujung minggu ini.

Harga rasmi Lembaga Getah Malaysia semasa tengah hari bagi gred tayar SMR 20 naik 0.5 sen kepada 555.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 4.0 sen kepada 451 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup tidak rasmi bagi SMR 20 menokok sebanyak 0.5 sen kepada 555 sen, manakala susu getah pukal adalah 11.5 sen lebih rendah pada 441.5 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X