Khamis, 2 Julai 2015 | 10:27pm

Wimbledon: Murray, Wozniacki mara ke pusingan ketiga

WIMBLEDON: Pilihan ketiga, Andy Murray seperti dijangka mara mudah ke pusingan ketiga Kejohanan Wimbledon di sini, sebentar tadi.

Dia mengenepikan cabaran pemain Belanda, Robin Haase, 6-1, 6-1, 6-4.

Kemenangan bekas juara 2013 itu membolehkan dia bertemu pemenang antara pemain Itali, Andreas Seppi atau Borna Coric daripada Crotia untuk menempah tempat 16 terbaik.

Sementara itu bagi acara wanita, pilihan kelima kejohanan, Caroline Wozniacki dari Denmark turut mara dengan menewaskan Denisa Allertova (Czech Republic) 6-1 7-6(6).


ANDY Murray. - Foto AFP

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA

LELAKI

James Ward (Britain) mn Jiri Vesely (Czech Republic) 6-2 7-6(4) 3-6 6-3

Roberto Bautista (20), Sepanyol mn Benoit Paire (Perancis) 2-6 4-6 6-3 6-3 6-3

Andy Murray (3), Britain mn Robin Haase (Belanda) 6-1 6-1 6-4

Samuel Groth (Australia) beat James Duckworth (Australia) 7-5 6-4 7-6(6)


AKSI Caroline Wozniacki ketika bertemu Denisa Allertova pada Kejohanan Wimbledon di London hari ini. - Foto AFP

WANITA

Timea Bacsinszky (15), (Switzerland) mn Silvia Soler Espinosa (Sepanyol) 6-2 6-1

Olga Govortsova (Belarus) mn Alize Cornet (25), Perancis 7-6(6) 2-6 6-1

Garbine Muguruza Blanco (20) Sepanyol mn Mirjana Lucic-Baroni (Croatia) 6-3 4-6 6-2

Caroline Wozniacki (5), Denmark mn Denisa Allertova (Czech Republic) 6-1 7-6(6)

Camila Giorgi (31), Itali mn Lara Arruabarrena Vecino (Sepanyol) 6-0 7-6(5)

Magdalena Rybarikova (Slovakia) beat 8-Ekaterina Makarova (Russia) 6-2 7-5

Angelique Kerber (10), Jermany mn Anastasia Pavlyuchenkova (Russia) 7-5 6-2

- AFP

Berita Harian X