Khamis, 2 Julai 2015 | 6:40pm

Dua mayat wanita ditemui di pantai Tanjung Balau

KOTA TINGGI: Dua mayat wanita ditemui separuh tertimbus di dalam pasir berhampiran pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman, berkata mereka dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Mangsa dipercayai mahu pulang ke Indonesia melalui jalan tikus, selain terdapat bukti ada bot pancung telah tenggelam di kawasan berhampiran," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah meminta bantuan Interpol bagi memastikan sama ada mereka menerima laporan tentang kehilangan warga asing.

Rahmat turut mengesahkan penemuan tiga mayat di Pantai Sungai Tengah dan Pantai Tanjung Lompat pada Jumaat lepas.

- BERNAMA

Berita Harian X