Rabu, 1 Julai 2015 | 6:42pm
PASARAN getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan minat belian yang muncul semula. - Foto hiasan

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan minat belian yang muncul semula, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran serantau juga melantun semula hari ini sejajar dengan niaga harapan getah di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) berikutan belian menampung kekurangan selepas mencatatkan penurunan empat sesi berturut-turut.

Bagaimanapun, beliau berkata pelabur kekal berhati-hati dengan situasi pasaran China yang tidak menentu dan krisis hutang Greece.

Harga rasmi Lembaga Getah Malaysia pada tengah hari bagi gred tayar SMR 20 meningkat 2.5 sen kepada 555.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 6.0 sen kepada 462 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi 5 petang bagi SMR 20 naik 2.5 sen kepada 555.5 sen, manakala susu getah pukal turun 6.5 sen kepada 458.5 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X